Pages

Friday, 11 October 2013

Kek birthday Rafah

My mom mintak buat kek sempena birthday adik yang bongsu. So, saya buat kek yang simple je asalkan adik hepi n budak2 excited since penat baru sampai dari ofis dari KL. Alhamdulillah... senyuman terpancar pada wajah semua orang... (diingatkan sekali lagi. Saya budak baru belajar. Jangan ketawa ya)

 Chocolate moist cake with fondan
(Awfa tak benarkan Rhyme usik kek)

Muka Rafah yang dah mencecah 20 tahun.
Happy birthday sis.
(btw, ini gambar tahun lepas. Dia dah 21 tahun ni... ngeh.. ngeh.. ngeh)

Fruit jelly

Ini namanya tak ada kerja nak buat pada hujung minggu. Jadi, mulalah bereksperimen dengan apa yang ada. Selepas bereksperimen, inilah hasilnya... tarararar!!!

Fruit jelly


Sebenarnya warna jeli bahagian bawah ungu. Tapi bila tangkap gambar dengan cahaya kuning, nampak macam kelabu. Satu bekas je yang buat serong sebab nak cuba-cuba buat dulu. Tak sangka menjadi memandangkan adik dok takut-takutkan kata tak boleh buat. Saya sahut cabaran dia! Hahahaha!!! Alhamdulillah menjadi.

Doorgift kahwin

Ini order kawan saya, Aqish namanya. Doorgift untuk VIP majlis kahwin dia. Dia mintak tema warna kelabu. Dia order cupcake, kek hantaran & apam polkadot... Tengoklah...

 With camera effect

Red velvet with grey cheese cream and pearl sprinklers
for VIP's

 Red velvet cake with cheese cream
Aqish & Azhari

Apam polkadot
3pcs/pack


Paling penat buat apam polkadot. Dia order 1000 pack. Bertungkus-lumuslah seluruh anggota keluarga membantu buat sekali. Alhamdulillah. Aqish berpuas hati dengan hasil kerja saya walaupun kesuntukan masa and tulisan saya agak buruk... ekekeke...

Chocolate fruit cake

Pandai-pandai je bagi nama. Ini sebenarnya chocolate cake. Buat special sebab adik nak balik dari oversea. Ada fresh strawberi and grape atas kek ni. Siap buat pagar... inilah hasilnya...

Chocolate cake with fresh grape and strawberry


Macam ni jele yang mampu buat... budak baru belajar. Buat yang simple2 je dulu.. kang buat yang top-top, pengsan pulak kan...

Doorgift cupcake for majlis bertunang

Encik Huzaifah aka kawan masa sekolah dulu order cupcake red velvet untuk doorgift majlis bertunang dia. Dia minta supaya cupcake tu nak kaler-kaler. Jadi, inilah yang saya mampu buat dalam masa singkat...

Red velvet cupcake with cheese cream
and topped with colourful sprinklers

Square cakepop for hari raya aidifitri

Hari Raya Aidilfitri has come and gone and I baru terhegeh-hegeh nak post kat sini... huhu... takpelah.. tak payah banyak cerita. tengoklah sendiri...


 A bunch of green cakepop due to Hari Raya Aidilfitri.
Its chocolate cakepop with candy coating and sprinklers.


Memang tak buat banyak sebab saja nak cuba buat bentuk empat segi. tak sangka menjadi. tapi bab nak menyalut tu yang payah. sampai bergaduh si raef, eiyad dan dani. tapi, sampai petang, dah habis. dikerjakan dek raed. rasanya dekat 6 batang dia makan sorang! tak padan dengan budak umur 2 tahun!